Akademi Bestari

Profil BESTARI Academy Holding

Pengenalan BAHSB

Syarikat Bestari Academy Holding Sdn.Bhd (BAHSB) telah ditubuhkan atas kesedaran membangunkan generasi masa depan berteraskan pendidikan Islam dan memahami keperluan juga kepentingan sekolah Islam integrasi.

Bestari Academy Holding Sdn Bhd telah beroperasi sejak tahun 2017 dan kami mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan berteraskan pendidikan dan latihan bagi pembangunan ummah. Bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari (SRIBEST) di Lestari Perdana, kini kami mempunyai sebuah lagi SRIBEST bertempat di Taman Tasik Prima serta sebuah Tadika Islam Integrasi Bestari (TIBEST) Lestari Perdana dan sebuah lagi TIBEST dibawah rakan sinergi kami di Taman Lestari Putra.

Semangat membangunkan generasi mukmin bestari dan ingin memastikan lebih ramai sertai tarbiyyah Islam, kami telah membentuk sebuah ‘Model Khalifah In Me’ di mana melaluinya aqidah dibentuk, ibadah dipupuk, akhlak disemai, ilmu dibudayakan,dan kepimpinan dibina.

Ahli Lembaga Pengarah

En Mohammad Rosharizan Bin Mohd Rozlan

Pengerusi Lembaga Pengarah

  • Pengarah Urusan Em Audio & Em Media
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik (Minor Audio Technology),
    Universiti Teknologi Mara(UiTM)
  • Sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Master Pengurusan Pendidikan di UNIMEL

En M Naser Bin Husin

Ahli Lembaga Pengarah

  • Bekas Pengurus Scomi Oiltools Sdn. Bhd.
  • Ijazah In Science (Geologi), Laurentian University, Ramsey Lake Road, Sudbury, Ontario, Canada
  • Giat dalam kerja kebajikan dan dakwah 
 

Budaya Korporat (BEST)

Visi

Melahirkan Generasi Mukmin Bestari Yang Memaknakan Khalifah Di Bumi

Misi

Melaksanakan pembangunan modal insan pendidikan yang holistik, berkualiti, efektif amal serta seimbang berteraskan integrasi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah

Moto

" Generasi Mukmin Bestari "

Maklumat Logo