Program Pendidikan BAHSB
Bestari Academy Holding Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berfokus pada bidang pendidikan melalui TIBEST, SRIBEST dan SMIBEST.
TIBEST adalah sebuah tadika yang menyediakan pendidikan pra-sekolah bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
SRIBEST pula adalah sebuah sekolah bagi murid-murid darjah 1 hingga 6. SRIBEST menawarkan kurikulum integrasi akademik dan diniyah (JAIS) serta kelas Al-Quran harian kepada murid. Lebih menarik lagi, murid dapat menyertai kokurikulum memanah dan berenang serta badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bagi membina jasmani juga psikososial mereka.
Semangat membangunkan Generasi Mukmin Bestari ini diteruskan dengan menubuhkan SMIBEST. SMIBEST mengambil Kelas Aliran Agama (KAA) sebagai pilihan utama aliran pendidikan. Dalam masa yang sama penerapan elemen vokasional turut menjadi keutamaan di SMIBEST.
